Semua orang tahu dia kepala angin. Sikit-sikit benda semua boleh jadi bahan gaduh. Tapi dia tak banyak cakap. Ekor matanya dengan cara dia berkomunikasi membuatkan orang takut bila dia ada dalam lingkungan yang sama.
Tapi dia baik dengan aku. Baik sangat-sangat! Dengan aku dia boleh bergurau senda dan melawak. Dengan aku dia boleh jadi sentimental dan sedikit romantik. Selalunya dengan aku dia jadi needy. Maybe sebab kimia kami kuat. Dia paham aku, aku pun paham dia.
Masih, kalau dia dalam mood marah benda itu susah benar dia nak kawal, terutama kalau dia ada dekat-dekat dengan aku. Dah jadi benda biasa. Dia mengamuk-ngamuk bercerita dengan aku, macam la aku punca dia marah. Dia ternaik suara bile aku tak faham dia cakap apa. Hentak meja.....campak barang pada aku...Menjeling tajam perkara biasa, tapi setidak-tidaknya mulut dia senyap.
Tapi semua itu seboleh-boleh dia nak tunggu aku ada dengan dia barulah dia temper tak tentu hala. Kalau aku takde pun dia boleh tunggu sampai aku ada...dan seperti biasa aku masih boleh melawak untuk mengurangkan panas hati dia. Selalunya aku berjaya...berjaya dengan jayanya. Selepas minum dikedai berhampiran dia akan minta maaf dan aku mengiyakan..
Sesuatu terjadi pada beliau minggu itu. Aku pulak sudah jarang melepak dengan dia kerana sibuk dengan hal-hal peribadi. Jadi hari yang sedikit lapang itu aku luangkan untuk bersembang dengan dia. Tapi dia diam semacam. Pandang aku pun macam nak cari gaduh. Dalam ruang yang sama tapi asing.
Aku malas nak berlama-lama dalam keadaan macam itu. Aura lain macam. Aku cuba melawak bangang dia langsung takde emosi. Baik aku balik. Kata-kata beliau sangat keras masa aku menyatakan hasrat aku nak balik daripada bercakap dengan dinding. Seperti dia, akupun ada baran aku juga.
Jangan ingat dia saja yang pandai baling barang. Aku pulak pandai tangkap barang. Tarik-menarik pun perkara biasa. Sampailah satu tahap tanpa sedar tertepis tangan dia ke arah aku. Bawah mata aku tercedera terkena jam dia yang besar segonggong tuh. Aku terus belah. Dengan pedih-pedih mata dan separa cemey, aku berlari keluar.
Aku rasa nak gelak juga mengingatkan adegan kejar-mengejar tu. Sedar-sedar aje aku belakang lorong dikawasan kejiranan yang berhampiran. Jangan mimpilah dia terkejar dengan kelajuan larian 100 meter yang pernah memecahkan rekod sekolah nie. Aku tenangkan perasaan dan terus balik rumah - tidor. Mata yang cemey aku cakap jatuh tangga pada sesiapa yang bertanya.
Dia minta maaf - seperti biasa. Tapi kali ini aku betul-betul kecewa dengan dia. Selagi mata aku nie cedera, selagi itulah aku tak mahu jumpa dia. Dan kali ini juga dia betul-betul minta maaf dan menyesal. Jujurnya, aku pun salah. Kerana itu setuju untuk berjumpa dengan dia.
Pertemuan itu aku sifatkan sebagai pelik, weird, awkward dan serba-serbi tak kena. Pertama kalinya aku diam dan sejuk beku. Berkali-kali dia mohon maaf..Memang aku tak berperasaan pada hari itu. Kalau la tak silap mata aku yang cemey tu, dia pun menangis....
Selagi kita tak hilang sesuatu benda, kita tak rasa benda tu penting dan memberi kesan. Samalah macam dia. Aku sendiri tersedih bila sebut point-point tertentu. Kali ini aku nyatakan dengan jelas, jangan jadikan aku sasaran.
Kami kembali okay...sekadar okay. Jam bertuah tu langsung dia tak pakai sebab jam itu membawa memori tak menarik untuk disimpan.
Aku mimpi dia malam tadi....mimpi bodoh-bodoh aje. Tapi mimpi itu membuatkan aku teringat cerita ini.