
Komputer itu boleh dikatakan semua orang guna. Walaupun najis lembabnya, tapi itu memadai untuk melayari internet dan membuka email, tengah masa-masa mendesak.
Tiba-tiba aku merasakan kehadiran seseorang tatkala diri ini tengah melayan permainan maya. Aku ingatkan dia nak guna komputer itu. Lantas aku dengan pantas menutup semua tingkap-tingkap maya yang aku layari.
Dia pandang kiri kanan. Matanya agak meliar. Ditangannya membawa kertas A4 dilipat 2.
Kertas A4 itu dibuka. Sebungkus Cocopie dengan Marshmallows dihulur. Masih, matanya meliar memandang kiri dan kanan.
Apa sangatlah kata-kata yang dapat aku ucapkan selain terima kasih. Dia berlalu dan aku terus keluar pejabat untuk menyedut udara nyaman.
Oh, cerita ini masih segar - baru seminggu.
Ini pulak cerita yang lama.....sekitar tahun 1994.
Dia ini rasa-rasanya macam menunjukkan minat pada aku. Errr...ini zaman sekolah menengah ya. Dia sangat skema gaban. Ketebalan cermin mata yang dipakai menyohehkan teori ini.
Dipendekkan cerita, dia ingin memberi hadiah pada aku, tanda perkenalan kami yang baru berputik la kononnya. Oleh itu, dia mengatakan dia akan berselisih dengan aku dan menghulur gumpalan suratkhabar untuk aku buang. Sebelum itu, dia meminta aku membuka gumpalan itu kerana hadiah yang akan diberi ada didalamnya.
1. Punyalah tak romantik....
2. Punyalah nak cover line...
Guess what? Aku dapat perfume......
Kedua-dua cerita ini walaupun pelakunya berbeza, tapi pendekatannya lebih kurang sama. Apa na buat, senyum sajalah...
No comments:
Post a Comment