Friday, April 9, 2010

Makan Free...

Aku masih bertenggek di pejabat walaupun dah cukup syarat masa berkerja. Aku bukan kaki claim, kaki gedebance..Aku menemani rakan-rakan menyiapkan kerja mereka yang sering kena repair setiap kali dibawa ke mesyuarat. Kesian..

Petang tadi sempat mereka belikan aku nasi lemak sambal ikan kembong. Sumpah lazat! Membayangkannya buat aku lapar balik. Bekalan rokok cepat amat habis dikala airkondisi sejuk menggila. Dah curik rokok tapi setakat sebatang 5 minit settle.

Bilik sebelah baru selesai majlis. Banyak nasi dan lauk tersisa. Moh, makan free !!!! Jerit setan.

Dengan lagak manusia berprinsip tonggak 10 terpuji aku enggan berganjak dari PC pinjam. Kononnya masih kenyang dan tidak mahu menjadi manusia F.

Setan balik membawak sepinggan nasik dengan ayam masak merah. Aku goyah. Tanpa sedar aku dah pun berada di bilik sebelah. Masalahnya rokok dah abes..Siapalah mangsa bertuah lepas nie..

No comments:

Post a Comment